Selasa, 30 Mac 2010

ICT dalam pendidikan

Bidang pendidikan adalaha sangat berkaitrapat dengan bidang teknologi dan komunikasi. Pengaplikasian teknologi dalam pendidikan merupakan pendekatan yang penting dalam usaha untuk menghasilkan pelajar yang serba boleh selaras dengan perkembangan dunia. Teknologi dalam pendidikan membawa maksud kepada penggunaan kaedah yang sistematik dengan membuat pengabungan media komunikasi yang inovatif dalam pengajaran. selain itu juga, teknologi ini ditakrifkan sebagai proses sumber dan pembelajaran yang sistematik terdiri daripada reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan serta penilaian. Keadaan ini selanjutnya mencerminkan sektor pendidikan negara mula mengalami evolusi dari segi penyampian mesej pengajaran dan pembelajaran.
Giesert dan Futrell (1990) menyatakan bahawa guru yang mempunyai bakat dan kebolehan adalah guru yang dapat mengplikasikan penggunaan teknologi komputer dalam pembelajaran gan pengajarannya. oleh yang demikian teknologi penting untuk mempelbagaikan kaedah pembelajaran dan pengajaran. Kepelbagaian kaedah tersebut merupakan usaha yang baik untuk mendekati pelajar. Penggunaan teknologi terutamanya komputer dapat meningkatkan pemahaman konsep teoritikel. ini kerana kaedah simulasi dan bantuan komputer dapat meningkatkan pemahaman dengan mudah. Teknologi It ini mampu memperkaya teknik pengajaran. Pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan IT ini mampu menjadikan alternatif kepada teknik "Chalk and Talk" dalam kalangan guru.
Pengaplikasian teknologi dalam pendidikan merupakan langkah persediaan ke arah sekolah bestari. Umunya sekolah bestari merupakan sekolah yang menekankan "smart teaching and smart use of technology". Penggunaan teknologi dalam pendidikan sangat penting kerana dipercaya adalah lebih mudah dan dapat menarik minat pelajar. Penggunaan teknologi mempunyai kepentingannya tersendiri. Penggunaan teknologi dalam pendidkan mampu menjadi sumber motivasi kepada para pelajar. Pembelajaran dan pengajaran yang berteraskan teknologi sangat membantu dalam proses kognitif dan bermotivasi. Motivasi pelajar tercetus apabila penggunaan teknologi dapat menarik perhatian pelajar. Menarik perhatian para pelajar merupakan tugasan yang sangat rumit, namun dengan adanya visual dan teknologi yang interaktif pelajar akan lebih memberi tumpuan yang positif. Selain itu, penggunaan teknologi pula dapat melibatkan pelajar melalui tugasan yang mampu menjana kreativiti mereka. Pengelibatan tersebut dapat menimbulkan kepuasan dalam diri pelajar.
Di samping itu, teknologi memberikan keunikan dalam pembelajaran. Keunikan tersebut berlaku apabila para guru dapat menghubungkan pelajar dengan sumber maklumat menerusi teknologi yang digunakan tersebut. Selain itu dengan adanya teknologi, pelajar dapat memvisualkan masalah dan penyelesaian. Ini berlaku kerana media visual yang interaktif mempunyai keupayaan berkaitan dengan penyelesaian masalah. Teknologi juga memudahkan tugasan para guru kerana mereka dapat mengikuti perkembangan para pelajar. Kemudahan tersebut diperolehi dengan sistem komputer yang telah direka khas untuk penggumpulan data.
Teknologi dalam pendidikan bukan sahaja memberi faedah kepada para pelajar malah turut menguntungkan para guru. ini kerana, P&P yang berteraskna teknologi dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti para guru. Ini juga menjadikan para guru mahir dalam penggunaan IT. Para guru juga akan menjadi celik teknologi, maklumat dan celik visual.
Penggunaan teknologi dalam pengajaran merupakan pendekatan yang masih baru. Oleh yang demikian, pendekatan ini juga mempunyai cabaran dan isu-isunya. Cabaran yang palin utama adalah penerimaan para guru terhadap teknologi ini. Kebanyakan para guru masih lagi mempunyai sikap bimbang dan tidak yakin terhadap penguasaan teknologi ini. Pengalaman guru yang negatif sewaktu menggunakan komputer menyebabkan mereka menolak inovasi komputer. Ini menyebabkan mereka kurang menggunakan teknologi ICT dalam pembelajaran dan pengajaran.
Keseluruhannya, teknologi dalam pendidikan adalah sangat penting dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara. Pengaplikasian teknologi dalam pendidikan bukan sahaja mampu menarik minat para pelajar untuk lebih memberi tumpuan tetapi turut mendatangkan manfaat kepada guru. Produktiviti guru meningkat di samping peningkatan dalam pencapaian anak murid. Teknologi membolehkan para guru memperkayakan teknik penyampaian mereka yang berkesan.

4 ulasan:

  1. Cikgu Ahmad, saya tertarik dengan artikel ini dan ianya menambah pengetahuan saya tentang penggunaan teknologi dalam pendidikan. Semoga kita semua dapat memanafaatkan artikel ini dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum cikgu Ahmad..
    Saya sangat bersetuju dengan fakta yang diberikan oleh cikgu Ahmad.Perkembangan teknologi telah dapat mempelbagaikan perkakasan dan perisian dalam sistem penyampaian. Bermula dengan interaksi secara lisan, manusia mula berkomunikasi dengan mencatat di atas bahan yang bermula dengan daun hinggalah berlakunya perkembangan teknologi kertas dan percetakan.
    syabas...

    BalasPadam
  3. Tahniah! artikel yang agak menarik untuk dibaca.

    BalasPadam
  4. Saya setuju dengan artikel tu. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, perupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar. Oleh itu guna ICT selalu. TQ

    BalasPadam